“Hampir semua orang pernah dijangkiti selesema. Kekerapan dijangkiti selesema mungkin lebih tinggi di kalangan sesetengah individu. Namun, ada caranya untuk anda mengurangkan kekerapan jangkitan selsema dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Dr Linus Pauling, pemenang Nobel yang menulis buku berjudul Vitamic C dan Selsema, mengambil 18,000 mg vitamin C setiap hari. Beliau jarang diserang selesema kerana pengambilan vitamin C yang tinggi sebagai pelindung sistem keimunan badan. Kunci utama bagi mencegah dan meringankan selsema ialah mengekalkan sistem keimunan yang sihat dan efektif. Cara terbaik untuk mencapai objektif ini ialah melalui pemakanan yang sihat dan pengambilan makanan tambahan yang bersesuaian. Apakah fungsi vitamin C dalam keadaan ini? Fungsi utamanya ialah merangsang kebolehan sistem keimunan menghasilkan interferon, iaitu glikoprotein yang membunuh virus secara semula jadi. Seterusnya, meningkatkan aktiviti sel darah putih, terutama merangsang makrofaj dan neurofil yang menyerang virus selsema.
Banyak kajian menunjukkan pengambilan vitamin C yang tinggi meningkatkan aktiviti sel darah putih sebanyak 100 hingga 300 peratus. Vitamin C juga diperlukan dalam proses penghasilan tiga jenis antibodi, iaitu immunoglobulin A (IgA), immunoglobulin G (IgG), and immunoglobulin M (IgM). Kajian membuktikan vitamin C dapat mencegah dan meringan gejala dan tempoh jangkitan selesema.
Institut Pengajian Perubatan Naval melancarkan ujian vitamin C dalam plasma terhadap 28 orang pegawai laut selama 68 hari. Keputusan menunjukkan gejala selesema yang dialami oleh individu dengan plasma vitamin C yang paling rendah adalah dua kali ganda lebih serius berbanding individu yang tinggi kandungan vitamin C dalam plasma. Gejala yang dinilai termasuk bersin, batuk, sakit kerongkong, demam dan sesak nafas.
Kajian terhadap kanak-kanak sekolah pula menunjukkan mereka yang mengambil 1,000mg vitamin C setiap hari, mengalami pengurangan serangan selsema sebanyak 45 peratus dan cuti sakit berkurang sebanyak 30 peratus. Berdasarkan 16 kajian yang dijalankan, Pauling membuat kesimpulan bahawa tahap selesema bergantung kepada jumlah vitamin C yang diambil setiap hari. Bagi individu yang mengambil 70 hingga 200mg vitamin C setiap hari, kekerapan jatuh sakit berkurangan sebanyak 31 peratus berbanding individu yang langsung tidak mengambil vitamin C.
Bagi individu yang mengambil vitamin C dalam kuantiti yang tinggi, kekerapan jatuh sakit berkurangan sebanyak 40 peratus. Dos pengambilan vitamin C yang dicadangkan untuk menguatkan sistem keimunan ialah sekurang-kurangnya 1,000mg setiap hari.
Pelbagai jenis makanan tambahan vitamin C di pasaran mungkin mengelirukan anda. Berikut adalah dua panduan yang penting.
• Pilih makanan tambahan vitamin C yang berkepekatan tinggi Kajian menunjukkan pengambilan makanan tambahan vitamin sebanyak 1,000 mg atau lebih setiap hari dapat meringankan gejala selesema dan demam serta mempercepatkan proses penyembuhan.
• Pilih makanan tambahan vitamin C yang membekalkan vitamin secara berterusan (sustain release).
Makanan tambahan vitamin C yang dihasilkan melalui teknologi sustain release dapat membekalkan vitamin C pada dos tertentu dalam sesuatu tempoh masa supaya semua nutrien yang diambil dapat disera poleh sel.Di samping pengambilan makanan tambahan, perkara lain yang anda perlu lakukan untuk mempercepatkan proses penyembuhan selsema ialah:
• Berehat dan mengelakkan keadaan sejuk
• Meningkatkan pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi (kekeringan badan) dan membantu pengeluaran kahak.
• Berkumur dengan menggunakan ubat kumur atau air garam beberapa kali sehari supaya membantu melegakan keradangan pada kerongkong.
• Berhenti merokok.
0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.